Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta dan orang ramai yang hadir ke Farley, Kuching bergambar bersama tetamu kehormat. Foto: TVS

SYT perkasa potensi belia Sarawak

KUCHING, 6 Ogos: Sarawak Youth Talent (SYT) Award Giving Ceremony 2023 yang diadakan bersempena Hari Belia Antarabangsa memperkasakan potensi belia di Sarawak sejak diperkenalkan empat tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, SYT melambangkan persaingan dan merupakan gerakan mendalam untuk memupuk kreativiti, inisiatif dan minat para belia.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyampaikan ucapan bersempena Sarawak Youth Talent (SYT) Award Giving Ceremony 2023 yang berlansung di Farley, Kuching. Foto: TVS

Menurutnya, tambah menariknya penganjuran kali ini menyaksikan sebanyak 501 penyertaan bagi pertandingan ‘Poster Design Competition’ dan ‘One-Minute Tiktok Video Competition’.

“Peningkatan mendadak dalam penyertaan dari 57 peserta pada tahun 2020 yang kini mencecah 501 peserta pada tahun 2023 bukan sekadar bukti popularitinya meningkat.

“Malah ini telah mencerminkan peningkatan kesedaran dan dedikasi generasi muda kita ke arah pelancongan yang bertanggungjawab,” katanya ketika berucap di Sarawak Youth Talent (SYT) Award Giving Ceremony 2023 di Farley di sini, hari ini.

Katanya, kementeriannya komited untuk memperkasakan belia dengan kemahiran dan peluang yang betul untuk mengemudi landskap yang kompleks ini.

Jelasnya lagi, tema tahun ini ‘Responsible Tourism in Culture and Nature’ telah menekankan kepentingan mengekalkan pembangunan pelancongan melalui tindakan yang bertanggungjawab.

Penerima hadiah yang terdiri daripada golongan belia berumur 13 sehingga 25 tahun. Foto: TVS

“Ia telah menggalakkan belia kita untuk mempamerkan kreativiti mereka melalui pertandingan yang dianjurkan sekali gus mempromosikan tanggungjawab tingkah laku dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap komuniti kita.

“Belia kita memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan sektor pelancongan dengan menunjukkan contoh yang mampan,” tegasnya.

Malah katanya, golongan belia mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakan sebaya dan masyarakat secara amnya, dengan menunjukkan cara melindungi dan memelihara warisan semula jadi serta budaya kita yang unik.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Hii Chang Kee, Naib Pengerusi Persatuan Penyelidik Sarawak, Dr Fareiny Morni dan tetamu yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan