Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah semasa lawatan kerjanya ke Onahama, Jepun. Foto: MIPD Sarawak.

Sarawak kaji penggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan

ByBernama

KUCHING, 6 Ogos: Sarawak melihat terdapat potensi dalam penggunaan sanga, bahan sampingan daripada peleburan bijih logam untuk pembinaan jalan di masa hadapan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang dalam lawatan rasmi ke Jepun untuk mempelajari teknologi pembuatan jalan di negara itu berkata, Sarawak akan merangka garis panduan pengggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan dengan pembinaan jalan di Samalaju, Bintulu sebagai projek rintis bagi inisiatif itu.

Sarawak dan Jepun kongsi maklumat tatacara pengurusan pelabuhan

“Di Sarawak sanga dihasilkan oleh industri ferroaloi di Taman Industri Samalaju, Bintulu mencecah 100,000 tonne setahun dan diklasifikasikan sebagai bahan buangan. Kami di sini untuk memahami proses penggunaan sanga dalam bentuk kesesuaian, ketahanan dan keselamatannya.

Kami juga mahu tahu jumlah kelebihan berbanding dalam penjimatan kos dan lain-lain ke arah masa depan yang lebih mampan. Ini adalah selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030)  untuk mencapai kesambungan 100 peratus jalan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Bahagian Pengurusan Pembinaan Jabatan Pembangunan Tanah di Wilayah Chiba Jepun hari ini.

Beliau berkata, sanga digunakan dalam radius 40 kilometer sebuah kilang keluli, merangkumi pembinaan jalan melibatkan Wilayah Chiba yang mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan jalan raya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan