Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai ketika berucap pada Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1445H/2023 di Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

LAKMNS sokong Kerajaan Sarawak perkasa kelestarian alam sekitar

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Julai: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak yang menekankan kelestarian alam sekitar menerusi pengenalan kepada pelan penambahbaikan lima tahun strategi hijau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya yakin langkah itu dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat.

LAKMNS sokong perkasa kelestarian alam sekitar.

“Ke arah itu LAKMNS menyediakan tong sampah berasingan di masjid dan bangunan milik kami selain menderma 20 tong sampah kepada masjid dan surau berdekatan.

“Kita juga akan berusaha mengurangkan penggunaan kertas dengan beralih kepada pelbagai aplikasi digital selain penggunaan tenaga solar dan penggunaan lampu LED akan turut diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1445H/2023 di Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Mohamad Feisal Said.

Mengenai festival yang dianjurkan selama tiga hari bermula 28 Julai lepas, Abang Abdul Wahap berkata ia berjaya mencapai objektif penganjurannya.

“Penganjuran festival ini adalah suatu pendekatan yang inovatif serta dinamik bagi LAKMNS mendekati masyarakat, terutamanya golongan belia untuk mendekati masjid.

“Dalam erti kata lain, LAKMNS Ingin menjadikan masjid sebagai satu platform riadah yang sihat,” katanya.

Festival berkenaan yang dianjurkan sempena sambutan Tahun Baharu Hijrah itu merupakan platform penyatuan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa berjaya menarik kehadiran kira – kira 3,000 pengunjung.

Pada majlis yang sama, LAKMNS turut melancarkan TV IRIS  di mana pendengar boleh mengakses radio digital melalui platform Facebook dan Youtube, yang membolehkan mereka berinteraksi secara terus dengan penyampai. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan