Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto: Bernama.

PRN: Pertukaran calon saat akhir perkara biasa – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Pertukaran saat akhir calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah proses biasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH itu berkata pertukaran yang melibatkan calon daripada partinya, PKR semestinya dilakukan selepas melihat terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

“Kita (PH) ada tiga tukar (pada saat akhir), satu di Kota Damansara (Selangor) dan juga di Kelantan dan Terengganu,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas bersarapan di sebuah restoran di Ampang Jaya di sini.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR bagaimanapun tidak memperincikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana di Kelantan dan Terengganu yang terlibat dalam pertukaran saat akhir itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertukaran saat akhir calon PKR di kerusi DUN Kota Damansara yang dimaklumkan Naib Presiden yang juga Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, lewat malam tadi.

Anwar berkata bagi DUN Kota Damansara, pertukaran melibatkan Aidi Amin Yazid yang sebelum ini diumum sebagai calon, digantikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

“Bagi Kota Damansara ini, dia ni (Izuan) Ketua AMK Selangor, dan kita pun (PKR) tak ada calon AMK di Selangor, jadi saya rasa wajar pertimbangkan meletakkan beliau sebagai calon dan saya harap ia disambut baik semua,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan