Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chef Sabri semasa program keusahawanan iaitu demo masakan pada Festival Maal Hijrah pada hari ini. Foto: Ahmad Zharfan (TVS)

Kalimah ‘Bismillah’ jadikan air tangan dari hati – Master Chef Sabri

KUCHING, 29 Julai: Kalimah ‘Bismillah’ diucapkan setiap kali sebelum memasak menjadikan ‘air tangan’ dihasilkan daripada keikhlasan hati, kata Chef Selebriti, Master Chef Sabri Hasan.

Beliau turut menekankan bahawa makanan yang dihasilkan harus mengutamakan kebersihan di samping kualiti makanan yang terbaik.

“Pada program keusahawanan iaitu demo masakan tadi, saya menasihatkan kepada penonton agar memasak daripada hati dan jiwa serta mulakan dengan membaca Bismillah.

“Makanan bersih akan diproses menjadi makanan yang suci, maka lahirlah insan-insan mulia serta majulah negara disebabkan makanan yang penuh dengan doa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Festival Maal Hijrah yang berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching di sini, Pada Sabtu.

 

Chef Sabri semasa program keusahawanan iaitu demo masakan pada Festival Maal Hijrah pada hari ini. Foto: TVS

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Ahmad Sabri Abu Hasan itu turut menzahirkan keterujaannya berikutan diberi peluang mengadakan demo masakan untuk warga Kuching hari ini.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang menjemput saya untuk berkongsi ilmu dunia masakan bersama warga Kuching.

 

 

Pihak LAKMNS menyampaikan cenderahati berupa plaque dan hamper kepada Chef Sabri sebagai tanda penghargaan. Foto: TVS

 

Tambah beliau, hasratnya hari ini juga ingin berkongsi resepi dengan orang ramai dan mencuba resepi-resepi unik terutama makanan tradisional Sarawak.

“Selepas ini, saya akan pergi ke Kampung Budaya untuk berjumpa dengan Persatuan Jurumasak Kuching sekali gus saya mencari resepi-resepi tradisi negeri Sarawak yang unik,” ujarnya.

Chef Sabri ketika ditemui TVS selepas mengadakan demo masakan pada Festival Maal Hijrah pada hari ini. Foto: TVSPenganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Hijrah bermula 28 hingga esok, 30 Julai.

Festival ini juga sebagai usaha bagi mengimarahkan masjid sebagai ‘one-stop centre’ serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

Secara tidak langsung festival ini juga menjadi platform perpaduan kerana ia membuka pintu penyertaan kepada masyarakat berbilang kaum. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan