Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peniaga di Waterfront Kuching dari kiri Che Syamila Mohd. Shafee, Sabiran Kipli (tengah) dan Ella Mohd. Hussein (kanan) teruja penganjuran pelbagai acara menarik telah menjana peningaktan jualan mereka. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Jualan ‘laku keras’ sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 27 Julai: Golongan peniaga di sekitar Tebingan Kuching di sini antara yang paling gembira dengan penganjuran pelbagai acara menarik sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bulan ini.

Mereka mengakui jualan meningkat dengan mendadak kerana kawasan itu dikunjungi oleh ramai pelancong.

Peniaga makanan, Ella Mohd. Hussein berkata, dia berharap jualannya sempena Perarakan Kapal Berhias pada Sabtu ini juga akan mendatangkan hasil lumayan. 

Raptai perarakan kapal berhias di Waterfront Kuching sedang berlangsung pada hari ini Foto: Noni Jamali (TVS).

Katanya, ini kerana acara berkenaan sudah pasti dihadiri ribuan pengunjung memandangkan sudah lama tidak diadakan.

“Memang saya harapkan jualan lebih tinggi berbanding hari biasa namun saya tidak letakkan sasaran yang terlalu tinggi.

“Yang pasti pengunjung akan ramai seperti Sabtu lepas,” katanya kepada TVS.

Perarakan Kapal Berhias yang kali terakhir diadakan pada 2013 akan kembali mewarnai Tebingan Kuching pada 29 Julai ini.

Sebanyak 20 buah kapal yang merupakan gabungan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Badan-badan Berkanun serta syarikat swasta akan bertanding.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan hadir acara itu yang akan bermula pada pukul 7 malam.

Seorang lagi peniaga, Sabirin Kipli turut berkongsi keterujaannya ketika berniaga pada Sabtu lepas.

Katanya, jualan makanan dan minumannya sangat laris.

“Malah bekalan makanan dan minuman yang disimpan dalam peti sejuk juga habis dibeli oleh pengunjung,” katanya.

Sabirin yang telah berniaga di situ sejak 23 tahun lalu turut mencadangkan agar acara menarik di situ dapat dianjurkan pada setiap bulan.

“Sekiranya dijadikan acara bulanan, sudah pasti ia akan membantu golongan peniaga di sini,” katanya.

Sabirin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, pengunjung yang datang bukan terdiri daripada penduduk tempatan sahaja kerana ramai pelancong asing turut memeriahkan kawasan sekitar.

“Ramai pelancong dari Sabah, Indonesia dan Eropah hadir pada minggu lepas.

“Oleh itu pelbagai acara menarik yang dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak patut diteruskan,” katanya.

Bagi peniaga laksa utara, Che Syarmila Mohd Safiee pula, perarakan dan Konsert Rakyat pada Sabtu lepas di Padang Merdeka turut memberi limpahan pendapatan kepadanya.

“Pada hari itu, pengunjung sangat ramai yang membeli sejak pagi hinggalah ke malam.

“Jadi, Sabtu ini memang saat yang ditunggu oleh peniaga seperti saya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan