Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berinteraksi secara maya bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negeri pada Seminar Nasional Ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia MADANI di Institut Aminuddin Baki, pada Isnin. Foto: Bernama.

Garis panduan pengambilan pelajar tingkatan enam siap minggu hadapan

ByBernama

NILAI, 25 Julai: Garis panduan proses pengambilan pelajar tingkatan enam oleh Pengetua Pusat Tingkatan Enam yang kini diberi kuasa autonomi dijangka dapat disiapkan minggu hadapan, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau berkata, ia bagi memastikan setiap pengetua ini mempunyai panduan secukupnya dalam membuat penilaian terhadap pelajar yang layak, seterusnya menawarkan tempat.

“Sebenarnya perkara ini telah berlaku dulu, kemasukan ke sekolah berasrama penuh pernah kita beri autonomi kepada pengetua, begitu juga kepada kolej vokasional. Tempat yang kita sediakan masih ada lebihan jadi kita boleh menerima mereka masuk.

“Sekarang ini kita utamakan pelajar yang membuat rayuan yang akan masuk menerusi pengetua ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia MADANI, di sini pada Isnin.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta-merta.

Fadhlina berkata, langkah tersebut membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan