Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan lawatan ke kilang beras di Sekinchan, Selangor, kelmarin. Foto Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bekalan telur dan ayam pulih – Mohamad Sabu

ByBernama

KLANG, 20 Julai: Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkembangan positif itu, merupakan hasil usaha kementeriannya di dalam memastikan bekalan telur dan ayam di pasaran sentiasa mencukupi, bagi menampung keperluan pengguna.

“Sudah pulih (isu bekalan telur dan ayam), bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun. Jadi usaha gigih (kementerian) termasuk dialog dengan persatuan penternak, telah (membuahkan) berhasil.

“Kita harap tidak ada peperangan baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya, sebab kita tahu bijirin jagung kini di tahap permulaan penanamannya tetapi lambat lagi untuk mencukupi bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang, di sini hari ini.

Mengulas mengenai bekalan beras di pasaran, Mohamad berkata bekalan beras negara mencukupi walau pun jumlahnya sedikit berkurangan.

“Saya ingatkan pengilang-pengilang supaya tidak menyimpan bekalan yang ada di premis masing-masing, stok yang ada mesti dikeluarkan sekarang supaya ada di pasaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan