Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee ketika mengadakan pertemuan dengan Liana Sari Santud di UTS, Sibu, hari ini. Foto: Dr Annuar Rapaee (FB).

Bukan kerana video TikTok dan campur tangan, Dr Annuar perjelas isu Liana masuk UTS

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Julai: Bukan disebabkan video membolehkan TikTok Liana Sari Santud, pelajar tanpa kewarganegaraan melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Pengerusi UTS Datuk Dr Annuar Rapaee yang berkata demikian menegaskan Liana, 20, memang sudah diterima masuk ke UTS sebelum video TikToknya tular beberapa hari sebelum ini.

Liana boleh memohon taraf ‘Penduduk Sementara’ lanjutkan pengajian – Fatimah

“Tidak timbul persoalan kami tidak menawarkannya tempat pengajian seperti warga Sarawak yang lain.

“Dia telah ditawarkan (tempat pengajian) seperti anak Sarawak yang lain kerana hakikatnya dia telah mengikuti pengajian asasi secara percuma (sebelum ini),” katanya menerusi video yang disiarkannya menerusi TikTok miliknya, hari ini.

Malah Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat turut menafikan Liana diterima masuk selepas campur tangannya atas kapasiti Pengerusi UTS.

Liana boleh memohon taraf ‘Penduduk Sementara’ lanjutkan pengajian – Fatimah

Menurutnya, pelajar dari Pasai Siong, Sibu itu sememangnya telah ditawarkan tempat pengajian ijazah sarjana muda di UTS.

“Saya tidak mahu orang ramai mengandaikan dan membuat kesimpulan bahawa saya boleh campur tangan dalam soal pentadbiran universiti.

“Saya tidak ada kuasa. Saya tidak boleh salah guna kuasa sebab tidak berkuasa,” katanya.

Sungguhpun ada kuasa dalam pentadbiran UTS, Dr Annuar menegaskan beliau tidak akan menyalahgunakan kuasa.

Jelasnya, kemasukan ke universiti adalah bergantung dengan kelayakan akademik.

“Ia tidak boleh berdasarkan campur tangan atau menerusi rayuan di TikTok,” katanya.

Liana sebelum ini menyiarkan video tentang kemasukannya ke UTS.

Dia menceritakan bahawa dia mungkin menghadapi masalah untuk menyambung pengajian kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

Dia turut mendedahkan dari sekolah rendah hingga universiti, dia hanya menggunakan sijil kelahirannya sebagai dokumen pengenalan diri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan