Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep(tengah) menyaksikan penyerahan bangunan Pejabat Daerah Bau diantara Jurutera Daerah Bau, Sandra Jujane Jutem(tiga,kiri) dan Pegawai Daerah Bau, Constantine Gerald David Jonas(dua,kanan). Foto: TVS

Pejabat Daerah Bau baharu beroperasi Isnin ini

BAU, 7 Julai: Pejabat Daerah Bau akan beroperasi di kompleks bangunan baharu bermula Isnin ini, kata Dato Henry Harry Jinep.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) itu menjelaskan sejak mula dibina pada 2019 bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu diyakini dapat meningkatkan sistem perkhidmatan kerajaan dengan lebih efisien.

Menurutnya Pejabat Daerah baharu yang menelan kos pembinaan mencecah RM4.6 juta itu akan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 72,000 penduduk di daerah berkenaan.

“Jabatan Kerja Rakya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana, ini adalah projek rakyat di Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2017.

“Kita mula bina pada 2019, pandemik Covid-19 selama dua tahun, hari ini (Jumaat) ia telah siap selepas mengambil masa lama kerana berdepan kekangan termasuk dari segi bahan mentah dan tenaga kerja, namun akhirnya ia berjaya diselesaikan,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Tasik Biru berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek tersebut di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan akan menyuntik dana berjumlah setengah juta ringgit bagi membina kemudahan lif di kompleks terbabit bagi memudahkan golongan kurang upaya dan warga emas dalam fasa kedua pembinaannya kelak.

“Dari segi operasi, kompleks ini sudah mempunyai kemudahan lengkap, bangunan tiga tingkat ini mempunyai pejabat ketua kaum, ketua masyarakat, penghulu dan pemanca, selain bilik mesyuarat yang lebih besar dan selesa mampu menampung kira-kira 120 orang dalam satu satu masa.

“Pejabat ini juga kita akan gunakan sebagai bilik operasi semasa banjir, dan fasa kedua kita akan membuat penambahbaikan untuk dari segi pemasangan kemudahan lif selain kerja-kerja luaran,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan