Lelaki warga asing dikhuatiri maut, jengkaut jatuh gaung sedalam 30 meter

BELAGA, 7 Julai: Seorang pemandu jengkaut dikhuatiri terkorban selepas terperangkap di bawah jengkaut yang dikendalikannya terjatuh ke dalam gaung di kawasan curam Uma Kahei dekat sini petang, semalam.
Liana boleh memohon taraf ‘Penduduk Sementara’ lanjutkan pengajian – Fatimah

KUCHING, 7 Julai: Liana Sari Santud, seorang pelajar di Sibu yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti, disyorkan memohon kad pengenalan hijau yang berstatus ‘Penduduk Sementara’ bagi membolehkannya menikmati pelbagai faedah seperti biasiswa dan pengecualian yuran ketika melanjutkan pengajian di universiti.
Hilang di sungai dua bulan lepas, mayat wanita ditemukan terapung

BELAGA, 7 Julai: Mayat suri rumah yang hilang dua bulan ketika bersama ahli keluarga memukat dan mencari siput di Sungai Belaga ditemui semalam.
Cadangan mekanisme berupa pencen usaha KWSP pastikan kecukupan pendapatan persaraan

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mempertimbangkan perubahan kepada mekanisme berupa pencen, dalam usaha membantu ahlinya mempunyai pendapatan pascapersaraan yang lebih stabil.
Perpaduan lebih bernilai berbanding kos Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka – Abdul Karim

KUCHING, 7 Julai: Kos Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka tidak wajar dipersoalkan, sebaliknya ia satu cara untuk meraikan perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Sarawak berbilang kaum dan agama.
Polis rampas rokok tanpa cukai dan lori bernilai RM7.83 juta di Miri

KUCHING, 7 Julai: Polis menahan tiga lelaki berkaitan kes rampasan tujuh juta batang rokok dipercayai tanpa cukai kastam di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri pada Rabu.
