Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar digariskan dalam rang undang-undang itu dan dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum dapat dimuktamadkan. Foto: Bernama.

Wan Junaidi sahkan akan angkat sumpah Speaker Dewan Negara esok

KUCHING, 18 Jun: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan beliau bakal mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negara esok.

Wan Junaidi berkata, beliau dijadual berbuat demikian di hadapan 63 Senator ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 Dewan Negara pagi esok.

Kata bekas Ahli Parlimen Santubong itu, pencalonan beliau dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiga hari lepas dan telah menerima perkenan.

“Tiada pencalonan lain kerana saya merupakan calon tunggal oleh pihak kerajaan. Saya ke Kuala Lumpur pada Sabtu untuk berjumpa dengan Setiausaha Parlimen.

“Saya juga telah bermesyuarat malam tadi untuk memastikan susunan majlis angkat sumpah dilakukan dengan sempurna mengikut undang-undang dan perlembagaan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Wan Junaidi akan menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu.

Difahamkan memandangkan tempoh jawatan Speaker dan Timbalan Speaker telah tamat, mengikut prosedur, Wan Junaidi akan mengangkat sumpah sebagai Senator terlebih dahulu esok dan Setiausaha Parlimen akan mengumumkan beliau sebagai calon tunggal yang kemudian secara rasmi mengumumkannya sebagai Speaker Dewan Negara.

Sementara itu Wan Junaidi yang sebelum ini mengumumkan bersara daripada arena politik berkata, secara dasarnya beliau gembira kerana kembali berkhidmat untuk negara dan yakin mampu memikul tugas berat berkenaan.

“Saya gembira kerana dilihat mempunyai kualiti untuk menjadi Speaker Dewan Negara yang bukanlah tempat kecil kerana kedudukan sangat tinggi dalam kerajaan.

“Sesiapa sahaja akan tertarik untuk menjadi Speaker namun saya mempunyai pengetahuan, pengalaman dan apa sahaja yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

“Berdasarkan pengetahuan undang-undang saya, pengetahuan (sebagai) Menteri Undang-undang, sebagai timbalan speaker sebelum ini malah telah menulis tiga buku, jadi saya cukup maklum tentang keistimewaan dan hak parlimen,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan