Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PR1MA: 22 projek masih tunggu Sijil Penyiapan dan Pematuhan, 9 berjaya dilancarkan

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Sehingga 13 Jun 2023, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mempunyai 86 projek di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Nasir memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 54 projek siap dibina, 22 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan 10 projek dalam peringkat perancangan.

“Daripada jumlah 22 projek yang masih belum memperoleh CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan) atau masih dalam pembinaan, 13 projek merupakan projek sakit PR1MA terkini,” katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah bilangan projek perumahan PR1MA yang belum diserahkan kepada pembeli di setiap negeri.

Tambahnya dengan penubuhan Taskforce Projek Sakit dan Terbengkalai sebagai jawatankuasa utama untuk memantau dan mencari penyelesaian projek sakit yang membabitkan sembilan projek berjaya dilancarkan.

Selain 22 projek yang masih belum memperoleh CCC, dua projek masih dalam proses pemeriksaan dan pembaikan kecacatan bangunan dan empat projek kini dalam proses penyerahan kunci yang dibuat secara berperingkat bermula pada 13 Jun 2023.

“Jumlah projek dalam pembinaan mengikut negeri mengikut negeri pula adalah di Johor (1), Kedah (2), Kelantan (2), Melaka (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Pulau Pinang (2), Sabah (5), Selangor (2) dan Wilayah Persekutuan (1),” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan