Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin. Foto TVS

Ugut Ketua Polis Pulau Pinang, 13 Ah Long diberkas

ByTVS

GEORGE TOWN, 6 Jun: Polis setakat ini telah memberkas 13 suspek susulan surat layang berunsur ugutan Ah Long terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin baru-baru ini.

Kok Chin berkata, pihaknya telah menubuhkan 28 pasukan petugas khas dari Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Ujarnya, pasukan berkenaan terdiri daripada 112 pegawai dan anggota bagi menangani dan membanteras kegiatan Ah Long yang menawarkan pinjaman wang haram di negeri ini.

“Sehingga semalam, seramai 13 suspek telah ditangkap di sekitar negeri ini dan Perak.

“Operasi besar-besaran memerangi kegiatan sindiket pinjaman wang haram ini dilakukan secara berterusan dan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kumpulan Ah Long yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Mengulas mengenai ugutan yang diterima, Kok Chin berkata, beliau tidak akan tunduk, sebaliknya mahu membanteras kegiatan haram itu secara habis-habisan.

Terdahulu, media melaporkan Kok Chin menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping ‘duit mayat’ dan sekeping nota amaran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, nota berkenaan yang diterima pada 1 Jun lepas melalui perkhidmatan Pos Malaysia meminta Kok Chin menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri ini.

Kok Chin baharu sahaja memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang berkuat kuasa 12 Mei lalu, menggantikan Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan