Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn bercakap pada sidang media Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 di sini, hari ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Sarawak komited jadi peneraju tenaga boleh diperbaharui – Roland Sagah

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 Jun: Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 mempamerkan Sarawak komited menjadi peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Simposium dua hari bermula esok, 7 dan 8 Jun itu, dianjurkan Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) melalui Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn menyasarkan lebih 600 orang dari dalam dan luar negara akan menghadiri program itu yang diadakan di CENTEXS Kuching.

Menurutnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023, pada esok.

“Sesi di Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Sarawak 2023 akan memberi bayangan kepada para peserta berhubung teknologi hijau, alam sekitar, sosial dan rangka kerja kawal selia dan pematuhan, perniagaan rendah karbon, dan pembiayaan hijau (green financing) serta mekanisme perdagangan pelepasan karbon.

“Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu organisasi anda dalam mencapai aspirasi mereka untuk masa depan yang rendah karbon yang mampan,” katanya pada sidang media Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 di sini, pada Selasa.

Simposium dan pameran itu akan disertai barisan pakar dari seluruh dunia termasuk Eropah, China, India, Hong Kong, Semenanjung Malaysia serta pakar tempatan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan