Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata menerusi Pakej Rahmah cermin mata boleh dibeli pada harga antara RM50 ke RM100. Foto: Salahuddin Ayub (FB)

Payung Rahmah kini diperluaskan kepada cermin mata – Salahuddin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100, selain menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.

“Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan