Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching. Foto Firefly.

MAG tawar penerbangan tambahan semasa Hari Raya Aidiladha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Malaysia Airlines dan Firefly, akan menawarkan penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha, bermula dari 23 Jun hingga 6 Julai ini.

MAG dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia akan menambah 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan menaik taraf 12 perkhidmatannya kepada pesawat Airbus 330 bagi laluan Kota Kinabalu dan Kuching.

“Sementara itu, Firefly akan menawarkan enam penerbangan tambahan antara Kota Bharu dan Subang dan Pulau Pinang ke Langkawi semasa tempoh perjalanan puncak ini,” katanya.

“Kami menggalakkan pengembara untuk memanfaatkan tawaran hebat ini dan menempah perjalanan mereka lebih awal, supaya mereka boleh melakukan perjalanan dengan tenang menggunakan khidmat penerbangan Malaysian Hopitality,”  kata Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh melakukan perjalanan dengan mudah semasa musim perayaan melalui diskaun menarik yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tersebut untuk semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih mulai hari ini hingga 19 Jun 2023, untuk perjalanan segera sehingga 30 November 2023.

Pada masa yang sama, ia berkata, Firefly menawarkan potongan tambang 18 peratus bagi ahlinya dan 16 peratus bagi bukan ahli, tersedia mulai hari ini hingga 18 Jun 2023, untuk perjalanan segera sehingga 31 Disember 2023, bersempena meraikan ulang tahunnya yang ke-16.

“Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan diskaun tambahan 16 peratus untuk pemilihan tempat duduk, bagasi berdaftar, peralatan sukan dan insurans perjalanan dalam tempoh ini,” tambahnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan