Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 30 Jun 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Mei 2023. Foto hiasan: Envato

Pekebun kecil Semenanjung, Sabah, Sarawak layak terima bayaran IPG pada Jun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 30 Jun 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Mei 2023.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan berkata IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi bulan Mei bagi Semenanjung dibayar dengan kadar 30 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) manakala 60 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Bagi Sabah dan Sarawak, kadar bayaran adalah 65 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK manakala RM1.30 sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Manakala bagi lateks, kadar bayaran bagi IPG ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

LGM berkata IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah bermula Januari 2023.

Peningkatan Paras Harga Pengaktifan (PHP) yang baharu adalah merupakan inisiatif dan keprihatinan kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023 yang berkuat kuasa bermula Januari hingga Disember 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan