Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para penerima anugerah bergambar bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy Berhad (SEVA) 2023, di sini, malam tadi.
Penerima anugerah bergambar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy Berhad (SEVA) 2023 di Kuching, malam tadi. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

SEB optimumkan faedah pendigitalan melalui SEPRO

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 31 Mei: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengoptimumkan faedah pendigitalan melalui Sistem e-Perolehan Sarawak Energy (SEPRO).

Ahli Lembaga SEB, Dato Idris Buang berkata, sistem tersebut telah memberikan keberkesanan dan kelebihan terbesar kepada Sarawak Energy dan semua vendornya.

“Sehingga kini kami mempunyai kira-kira 3,900 vendor berdaftar di SEPRO, yang mana lebih 1,400 vendor, iaitu 36 peratus daripada jumlah itu adalah Bumiputera Sarawak.

“Sejajar dengan komitmen organisasi kami terhadap pendigitalan, kami telah memperkenalkan aplikasi mudah alih yang akan menyediakan vendor dengan fleksibiliti yang lebih besar dalam menguruskan aktiviti perolehan di hujung jari mereka,” katanya.

Sarawak teroka gas turbin dan hidro lata sebagai tenaga baru

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy Berhad (SEVA) 2023 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi membantu vendor menggabungkan amalan dan proses kemampanan ke dalam perniagaan mereka, Sarawak Energy juga telah bekerjasama dengan United Nations Compact Malaysian & Brunei untuk ESG Start.

Sarawak optimis perkasa empat sumber tenaga boleh diperbaharui

“Ia merupakan satu inisiatif untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia yang bertujuan untuk memudahkan penyepaduan amalan mampan merentas organisasi secara berskala.

“Dalam pada itu, sebanyak 19 vendor PKS di bawah Sarawak Energy yang telah menyertai ESG Start pada 2023,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan