Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut menyaksikan pelancaran pameran kraf Malaysia sempena Minggu Kraf London (LCW) 2023.

Premier Sarawak saksi pelancaran pameran kraf Malaysia di London

ByNazirah Adlina

KUCHING, 8 Mei: Minggu Kraf London (LCW) 2023 menyaksikan pelancaran pameran kraf Malaysia yang diadakan mulai hari ini hingga 14 Mei ini.

Pelancaran tersebut dihadiri beberapa kenamaan Malaysia, antaranya Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan pendokong dan penggalak kraf Malaysia.

Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani TunTuanku Bujang dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Selain itu, Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang juga hadir bagi menyaksikan pelancaran itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut menyaksikan pelancaran pameran kraf Malaysia sempena Minggu Kraf London (LCW) 2023. Foto: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (Twitter)

Minggu Kraf London (LCW) 2023 merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2015 lagi  melibatkan negara-negara komanwel di seluruh dunia.

Sarawak kali ini menyertai acara itu bersama negeri lain yang mengambil bahagian seperti Pahang dan Terengganu atas jemputan Raja Permaisuri Agong dalam usaha untuk mempromosikan hasil kraf tempatan di peringkat antarabangsa, khususnya dari Sarawak.

Antara badan-badan yang terlibat termasuk Centexs Commercial, Yayasan Tun Jugah dan Brooke Trust bagi mempamerkan hasil tenunan Songket Sarawak, Keringkam, Pua Kumbu serta Anyaman Bemban.

Selain pameran, bengkel serta pertunjukan demonstrasi penghasilan kraf turut diadakan sepanjang acara itu berlangsung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan