Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail: Bernama

Tuntutan saman Tun M, Anwar serahkan kepada peguam

ByBernama

BANTING, 5 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan soal tuntutan saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diuruskan oleh pihak peguamnya.

“Biar peguam jalankan (tanggungjawabnya),” katanya mengulas ringkas pertanyaan pemberita berhubung tuntutan saman berkenaan.

Dr Mahahthir hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.

Tuntutan saman berkenaan difailkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Sebelum itu, Perdana Menteri meluang masa untuk makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor Borhan Aman Shah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-solihin, Kampung Kanchong Darat dan turut mendengar khutbah, bertajuk ‘Adab Bertamu Ketika Berpuasa’ bersama jemaah yang disampaikan Imam masjid berkenaan Rumaizi Ahmad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan