Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan saiz dana ASM memberi peluang pelabur memanfaatkannya sebagai tabungan jangka panjang. Foto hiasan: TVS.

Saiz dana Amanah Saham Malaysia ditingkatkan RM5 bilion bermula 1 Mei

ByElani Rosllan

KUCHING, 1 Mei: Saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) ditingkatkan sebanyak RM5 bilion berkuat kuasa hari ini.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi ruangan Soalan Kerap Ditanya (FAQ) di laman sesawangnya menjelaskan peningkatan berkenaan adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca artikel berkaitan > > > Intipati Belanjawan 2023

Ia juga memberi peluang untuk memanfaatkan ASM sebagai tabungan jangka panjang. Ini dapat membantu pelabur untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing.

“Pelaburan tambahan ASM boleh dilakukan bermula hari ini melalui platform digital myASNB atau perbankan internet. Manakala pelaburan tambahan menerusi kaunter cawangan dan ejen ASNB boleh dilakukan bermula 2 Mei,” kata ASNB menerusi ruangan berkenaan.

Siapa yang layak? Semua rakyat Malaysia sama ada pelabur sedia ada dan pelabur baharu.

Menjelaskan lanjut, bermula 1 Mei sehingga 31 Julai 2023, setiap pelabur ASM dikenakan had pelaburan tambahan ditetapkan sehingga RM100,000, sebarang pengeluaran tidak akan mengubah had pelaburan tambahan yang ditetapkan dan transaksi penukaran atau pemindahan tidak dibenarkan. 

Penambahan dana pelaburan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan