Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media semasa selepas Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Polis kenal pasti 56 lokasi kerap kemalangan di Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 April: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata sebanyak 56 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan di Sarawak.

Menurutnya, lokasi berkenaan terletak di 28 daerah di seluruh negeri yang membabitkan 36 di jalan persekutuan manakala 20 di jalan negeri.

Berikut merupakan 56 lokasi berkenaan:

Kuching

  1. 1. Jalan Lingkaran Luar Kuching/ Kota Samarahan
  2. 2. Jalan Datuk Tawi Sii/Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
  3. 3. Jalan Stutong Baru/Kuching

Padawan

  1. 1. Bt 12-Bt 24 Jalan Kuching/ Serian
  2. 2. Bt 4-Bt 10 Jalan Matang/ Kuching

Bau

  1. 1. Km 01-14 Jalan Bau/ Lundu
  2. 2. Km 02- km 14 Jalan Bau/ Kuching
  3. 3. Km 10- km 17 Jalan Bau/ Batu Kawa

Lundu

  1. 1. Km 28- km 35, Jalan Lundu/ Bau

Sri Aman

  1. 1. Km 16- km 26 Jalan Sri Aman/ Kuching
  2. 2. Km 47- km 59 Jalan Sri Aman/ Sarikei

Lubok Antu

  1. 1. Km 33- km 45 Jalan Sri Aman/ Sarikei
  2. 2. Km 7- km 8 Jalan Lubok Antu/ Sri Aman

Saratok

  1. Km 60- km 65 Jalan Sarikei/ Betong
  2. Km 83- km 85 Jalan Sarikei/ Betong

Betong

  1. 1. Jalan Beladin/ Triso Meludam
  2. 2. Jalan Pusa
  3. 3. Km 101- km 105 Jalan Betong/ Sarikei

Sarikei

  1. 1. Km 421- km 431 Jalan Sarikei/ Betong
  2. 2. Km 439- km 448 Jalan Sarikei/ Betong

Meradong

  1. 1. Bt 5- bt 10, Jalan KJD (Kanowit/ Julau/ Durin)
  2. 2. Km 9- km 12 Jalan Tanjung Genting

Julau

  1. 1. Km 5, Bukit Tinggi, Jalan Pakan

Kanowit

  1. 1. Jalan Machan/Kanowit (Bukit Tibu)
  2. 2. Km 2- km 22, Jalan KJD

Sibu

  1. 1. Bt 6- Bt 12 Jalan Tunku Abd Rahman
  2. 2. Jalan Paradom

Mukah

  1. 1. Km 62- km 86 Jalan Sibu/ Bintulu
  2. 2. Km 102- km 22, Jalan Oya/ Igan

Matu Daro

  1. 1. Simpang 4, Jalan Tian/ Igan

Kapit

  1. 1. Km 3- km 4, Jalan Bukit Goram
  2. 2. Km 1- km 4, Jalan Selirik

Song

  1. 1. Jalan Pekan Song

Belaga

  1. 1. Km 20- km 40 Jalan Bintulu/ Bakun (Sungai Asap)
  2. 2. Km 10- km 30 Jalan Menjawah/ Pekan Belaga

Bintulu

  1. 1. Bt 5- bt 13 Jalan Bintulu/ Miri
  2. 2. Bt 17- bt 23 Jalan Bintulu/ Miri
  3. 3. Jalan Bintulu/ Tg Kidurong

Tatau

  1. 1. Km 1- km 12, Jalan Tatau/ Bintulu

Miri

  1. 1. Km 14- km 22 Jalan Miri/ Bintulu
  2. 2. Km 30- km 39 Jalan Miri/ Bintulu
  3. 3. Km 44- km 52 Jalan Pesisir Miri/ Bintulu
  4. 4. Jalan Airport/ Miri

Marudi

  1. 1. Jalan Beluru/ Bakong
  2. 2. Jalan Lapok/ Long Lama

Limbang

  1. 1. Km 23- km 28 Jalan Batu Danau/ Limbang

Lawas

  1. 1. Km10- km 25, Jalan Lawas/ Merapok
  2. 2. Km 8- km 15, Jalan Lawas/ Trusan

Kota Samarahan

  1. 1. Km 1-km 20 Jalan Datuk Mohd Musa
  2. 2. Bt 8- bt 9 Jalan Kuching/ Serian
  3. 3. Km 12- km 13 Jalan Kota Samarahan/ Tabuan Jaya

Serian

  1. 1. Km 53- km 59 Jalan Kuching/ Serian

Simunjan

  1. 1. Km 101- km 115, Jalan Kuching/ Sri Aman
  2. 2. Km 13-km 15, Jalan Kuching/ Bukit Punda

Sehubungan itu, polis akan mengadakan Op Selamat ke-20 sempena Aidilfitri ini yang bermula 20 hingga 27 April ini.

“Operasi ini bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang tempoh perayaan ini selain menguat kuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas.

“Operasi ini diadakan bagi mewujudkan rasa selesa dan selamat dalam kalangan pengguna jalan raya iaitu dengan meletakkan pegawai dan anggota polis di 56 lokasi terpilih yang sering berlaku kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 di sini, hari ini.

Beliau berharap agar operasi ini akan mencapat matlamat yang disasarkan, iaitu dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh Sarawak dan dapat mencegah kejadian pecah rumah di sepanjang musim perayaan.

“PDRM Kontinjen Sarawak juga meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dan memaklumkan kepada polis apabila meninggalkan rumah pada musim perayaan ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan