Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita memilih tudung yang dijual di tepi jalan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan hari ini. Foto Bernama.

Cuaca panas: Elak pakaian tebal, terlalu berfesyen sambut Aidilfitri

ByAmirah Shawel

KUCHING, 18 April: Pemilihan pakaian berasaskan fabrik tebal, gelap dan terlalu berfesyen tidak disarankan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada hujung minggu ini.

Ini untuk mengelak risiko terkena strok haba berikutan cuaca panas yang melanda beberapa tempat di seluruh negara.

Pegawai Kesihatan Daerah Keningau, Sabah, Dr. Mohamad Norhaizam Narawi berkata, pakaian sedemikian akan memerangkap haba.

Sehubungan itu katanya, orang ramai disaran agar memilih pakaian yang dihasil menggunakan fabrik mudah serap udara, berwarna cerah dan longgar.

“Berikutan keadaan cuaca ketika ini, kurang sesuai untuk berfesyen,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Baru – baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Setakat 17 April, 10 kawasan berada pada tahap kuning atau berjaga-jaga  dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius untuk tempoh tiga hari berturut-turut

Sementara itu, Dr. Norhaizam berkata, sekiranya orang ramai perlu melakukan aktiviti luar pada Hari Raya Aidilfitri, mereka disaran menggunakan pelindung seperti payung dan topi.

“Ini bagi mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan orang ramai untuk memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi dan mengurangkan minuman bergula.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk terus peka dengan status kesihatan masing-masing sepanjang Aidilfitri.

“Sekiranya memiliki simptom seperti demam, pening dan ingin pitam, dapatkan rawatan dan pemeriksaan dengan kadar yang segera,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan