Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes rompak kedai serbaneka di pekan Selangau berjaya diberkas bersama barang yang dipercayai digunakan untuk merompak. Foto: IPD Mukah

Pekerja kedai serbaneka berdepan detik cemas, perompak acu senapang

SELANGAU, 17 April: Seorang pekerja wanita berdepan detik cemas apabila diacukan senapang dan parang oleh dua perompak di sebuah kedai serbaneka di pekan ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata semasa kejadian pada 3 pagi itu, pekerja berkenaan didatangi dua lelaki yang memakai topi dan pelitup muka.

“Seorang lelaki membawa senapang patah manakala seorang lagi menggunakan parang.

“Kedua-dua lelaki tersebut memaksa pekerja menyerahkan wang dalam mesin juruwang berjumlah RM522.00,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, perompak tersebut juga mengugut akan menembak pekerja jika tidak menyerahkan wang.

Melalui rakaman kamera litar tertutup suspek melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih yang dipandu seorang lagi suspek.

Susulan itu, polis memberkas seorang suspek utama di Batu 10, Jalan Mukah-Selangau pada 8.30 malam, hari yang sama.

“Rampasan turut melibatkan sebuah kenderaan, selaras senapang patah, sebutir peluru hidup, dua bilah parang, pakaian dan beberapa peralatan yang digunakan semasa melakukan samun berkenaan.

Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan ugutan jenayah dan dadah.

Usaha mengesan dua suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan