Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di sekitar Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman. Foto: Faitullah Morni

Bazar Aidilfitri Jalan TAR sesak sehingga jam 3 pagi

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 15 April: Jika di Kuching, Bazar Aidilfitri Satok menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk mencari barang keperluan hari raya, di ibu negara pula, Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) menjadi lokasi ‘panas’ menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Berdasarkan tinjauan TVS di Bazar Aidilfitri di Jalan TAR mendapati suasana meriah sehingga lewat pagi yang menyaksikan para pengunjung mencari barang persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kurang dari seminggu dari sekarang.

Rata-rata pengunjung dilihat mencari baju Melayu, butang baju Melayu, songkok, baju kurung, tudung, kasut dan ada antara mereka juga mencari sampul duit raya.

Berdasarkan pemerhatian TVS, harga murah dan harga lelong yang ditawarkan peniaga-peniaga di sini menjadikan Bazar Aidilfitri Jalan TAR tidak putus dikerumuni orang ramai sehingga jam 3 pagi.

Walaupun waktu operasi bazar itu bermula jam 10 pagi hingga 12 malam sahaja, namun rata-rata peniaga melanjutkan waktu operasi mereka kerana kehadiran pengunjung yang memberangsangkan.

Beberapa peniaga menawarkan harga ‘happy hour’ dengan harga jualan serendah RM50 bagi sepasang baju Melayu dan baju kurung.

Selain itu, jualan kuih raya dan tanjak tidak kurang mendapat sambutannya dalam kalangan pengunjung di situ.

Bazar Aidilfitri Jalan TAR dibuka setiap hari di sepanjang bulan ini kecuali pada hari Sabtu dan ia akan beroperasi sehingga malam hari raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan