Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Berbuka Puasa bersama Media di Hotel Pullman malam tadi. Foto TVS.

Media bantu LHDN sebarkan maklumat

KUCHING, 5 April: Sokongan media kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam menyebarkan maklumat percukaian amat dihargai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, beliau berharap sokongan sedemikian dapat diteruskan dalam usaha menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat umum.

“Media banyak membantu kami dalam menyebarkan publisiti dan liputan mengenai LHDN berkaitan program-program percukaian yang kami anjurkan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Negeri Sarawak di sini, semalam.

Pemangku Ketua Bilik Berita TVS  Iqbal Asraff Mohamad Yusuf menerima cenderahati disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi. Foto: TVS.

Menurutnya lagi, majlis itu juga  bertujuan untuk memberi penghargaan dan terima kasih LHDN kepada pihak media yang sentiasa memberi sokongan padu tanpa rasa jemu.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, di mana kerajaan telah memperkenalkan Program Pengakuan Sukarela sebagai usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

“Program ini bertujuan memberi peluang kepada pembayar cukai yang layak sama ada baharu atau sedia ada untuk tampil secara sukarela bagi mengemaskini status pematuhan cukai mereka dengan melaporkan pendapatan penuh dalam tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Pematuhan) Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Ranjeet Kaur dan Pengarah Negeri Sarawak, Vijayen Nagalingham. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan