MIRI, 4 April: Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan kemuncak sambutan Hari Kesedaran AustimeĀ pada Khamis ini (6 April) diĀ Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai berkata, objektif program berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran serta pemahaman masyarakat mengenai autisme dan membantu membuka minda masyarakat berkaitan penerimaan individu autisme dalam komuniti.
āIni juga bagi memberi kesedaran tentang pentingnya perjuangan untuk keperluan dan hak-hak mereka yang mempunyai autisme dalam kehidupan berkomuniti,ā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sambutan berkenaan kata Shirley dimulakan dengan Pameran: Kenali Autisme yang berlangsung dari 1 hingga 6 April bertempat di ruang legar Pustaka Miri.
āKita juga mengadakan Bengkel Terapi untuk ibu bapa dan guru oleh jurupulih perubatan cara kerja dari Hospital Miri iaitu Nuril Deken dan Ronie Belibong di Ruang Sensori Pustaka sebanyak dua sesi iaitu 8 pagi dan 12 tengah hari pada Khamis ini,ā katanya lagi.
Satu ceramah juga akan diadakan dengan tajuk Pendidikan Awal Kanak-kanak Autisme Dan Terapi Sensori Integrasi Untuk Kanak-kanak Autisme oleh Dr. Nur Afifah Jundaili dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dan jurupulih perubatan carakerja, Edwina Yau Sheau Wen berlangsung di Auditorium bermula 9.30 pagi.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan, sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau melalui media sosial rasmi mereka. -TVS



