Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para tetamu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin dan Masyarakat Daerah Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 4 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berbuka puasa bersama para pemimpin dan masyarakat di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin dan Masyarakat Daerah Kuching itu dihadiri kira-kira 400 orang jemputan.

Selepas berbuka puasa, Abang Johari menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Beliau turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan