Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Urusan tawaran pelantikan tetap dan penerimaan tawaran oleh calon simpanan sedang dilaksanakan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (MySTP SPA) dalam tempoh 21 hari bermula pada 2 Oktober 2023. Gambar hiasan. Foto: Envato.

Isu doktor kontrak: Kerajaan pastikan penyelesaian menang-menang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 April: Kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata, pihaknya akan membentangkan perincian mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Bagi kita, menyantuni doktor kontrak yang pada hemat saya harus dibela harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.

“Tidak ada masalah yang kita tidak boleh bincang dan selesaikan. Saya tahu masalah ini masalah lama tetapi saya yakin ia boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jawatankuasa khas itu yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  membincangkan beberapa cadangan termasuk pemberian perjawatan tetap kepada doktor kontrak.

“Beberapa syarat skim baharu akan dibincangkan, jadi saya harap mereka (doktor kontrak) memberi peluang kepada saya yang diberi kepercayaan sebagai pengerusi jawatankuasa untuk menyelesaikannya,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan doktor kontrak dilaporkan akan melancarkan mogok di seluruh negara mulai esok sehingga Rabu ini sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan