Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan di PPS Dewan Sinar Budi Baru

Banjir: Tiga PPS aktif, mangsa meningkat 276

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 18 Mac: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini meningkat kepada 276 orang daripada 69 keluarga pada malam ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak setakat jam 11 malam ini juga tiga PPS masih aktif.

PPS Dewan Sinar Budi Baru menempatkan 148 orang daripada 31 keluarga, manakala PPS Dewan Stapok Batu Kawa menempatkan 100 mangsa daripada 32 keluarga.

Seterusnya PPS Dewan Masyarakat Lereng Bukit di Kampung Wireless Miri menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan