Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Riduan mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Tenom. Foto: TVS.

Mahkamah Pilihan Raya putuskan Riduan Rubin sah Ahli Parlimen Tenom

KOTA KINABALU, 15 Mac: Riduan Rubin dari parti bebas kekal sebagai Ahli Parlimen Tenom selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini membatalkan petisyen yang difailkan terhadapnya.

Perkara itu dikongsikan Riduan menerusi hantaran di media sosialnya berhubung Mahkamah Pilihan Raya telah memutuskan bahawa petisyen yang difailkan oleh Pempetisyen, telah dibatalkan atas alasan bahawa petisyen yang telah difailkan tidak menurut bentuk yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sedia ada.

Riduan mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Tenom. Foto: TVS.

“Perjuangan yang telah diteruskan tidak menjadi sia-sia dan khabar gembira pertama telah berlabuh.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terhadap doa dan sokongan yang diberikan daripada semua rakyat di Parlimen Tenom.

“Oleh itu, saya akan meneruskan mandat dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu dan memajukan Parlimen Tenom selaras dengan prinsip saya “Menuju Pembaharuan Demi Kemajuan”,” katanya.

Menurut Riduan, perjuangan akan diteruskan dan bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran.

Riduan mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Tenom. Foto: TVS.

“Saya dan kumpulan peguam saya tetap bersedia untuk menghadap apa-apa cabaran selepas ini dan perjuangan akan diteruskan.

Tegasnya, kemenangan yang diperoleh merupakan simbol demokrasi yang diterapkan di Malaysia.

“Sama ada daripada pihak pempetisyen atau di pihak saya, marilah kita bersama-sama wujudkan nilai perpaduan untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian yang sedia ada,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan