Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabenor Daerah untuk Kelab Rotary 3310, Dr John Chan (tengah) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Larian Amal Kuching 2023 di sebuah Pusat Membeli-Belah di Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Kelab Rotary Kuching kumpul dana menerusi penganjuran larian amal

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 12 Mac: Kelab-kelab Rotary Kuching akan menganjurkan acara larian amal bagi mengumpul dana untuk membiayai projek-projek komuniti yang dijalankan persatuan berkenaan di sebuah Pusat Membeli-Belah di sini, pada 7 Mei depan.

Menurut Gabenor Daerah yang akan datang untuk Kelab Rotary 3310, Dr John Chan, dana yang dikumpulkan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dari segi membiayai dialisis buah pinggang, pembedahan katarak, program pertukaran pelajar antarabangsa, program pemerkasaan wanita dan lain-lain.

Selain itu, ujar beliau, penganjuran larian amal itu yang menyasarkan seramai 5,000 penyertaan juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Tujuan penganjuran larian amal ini adalah untuk mewujudkan kesedaran bahawa ada mereka di luar sana yang memerlukan bantuan.

“Misalnya, membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan, mempunyai masalah kewangan dan sebagainya.

“Oleh itu, program ini dapat mewujudkan kesedaran dan pada masa sama ia juga peluang mengumpul wang untuk membiayai projek komuniti yang dijalankan oleh pihak kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Larian Amal Kuching 2023 di sebuah Pusat Membeli-Belah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Gabenor Daerah 3310, Leonard Sia dan Luis Ng.

Untuk rekod, Kelab Rotary Kuching yang ditubuhkan pada 1936 merupakan organisasi yang aktif mengumpulkan dana dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan