Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Dr Hazland Abang Hipni menghadiri taklimat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di pejabat NRECC di Putrajaya, pada Rabu.

MEESty dan NRECC bincang wujud sinergi antara kementerian

ByOdleen Catherny

PUTRAJAYA, 9 Mac: Inisiatif mewujudkan sinergi antara kementerian pada masa hadapan merupakan tujuan kunjungan hormat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Dr Hazland Abang Hipni kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di pejabat NRECC di Putrajaya, pada Rabu.

Menurut kenyataan hari ini, kunjungan yang turut merangkumi taklimat terhadap tumpuan kepada perkara berkaitan kedua-dua kementerian itu.

Mengulas lanjut, kenyataan menyatakan kepentingan taklimat itu juga mengenal pasti kaedah bagi kedua-dua kementerian bekerjasama untuk mewujudkan hubungan kerja yang baik selepas ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato Sri Huang Tiong Sii, Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap MEESty, Abg Ahmad Abg Morni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan