PUTRAJAYA, 9 Mac: Inisiatif mewujudkan sinergi antara kementerian pada masa hadapan merupakan tujuan kunjungan hormat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Dr Hazland Abang Hipni kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di pejabat NRECC di Putrajaya, pada Rabu.
Menurut kenyataan hari ini, kunjungan yang turut merangkumi taklimat terhadap tumpuan kepada perkara berkaitan kedua-dua kementerian itu.
Mengulas lanjut, kenyataan menyatakan kepentingan taklimat itu juga mengenal pasti kaedah bagi kedua-dua kementerian bekerjasama untuk mewujudkan hubungan kerja yang baik selepas ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato Sri Huang Tiong Sii, Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap MEESty, Abg Ahmad Abg Morni. – TVS