Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad semasa memberi ucapan Majlis National Trefoil Gulid Council Gathering kedua hari ini. Foto: TVS

Kesukarelawanan asas kepada warganegara prihatin – Azhar

KUCHING, 8 Mac: Semangat kesukarelawanan merupakan asas kepada warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, saling membantu tanpa mengira agama, budaya dan warna kulit yang harus dipupuk sejak awal lagi.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Azhar Ahmad berkata, disebabkan semangat itu yang semakin hilang, pendekatan yang lebih konstruktif perlu diambil oleh semua pihak untuk mengembalikan semangat tersebut kembali kepada masyarakat di negara ini.

“Perlu ada tindakan yang lebih konstruktif daripada segenap lapisan masyarakat untuk mengembalikan semangat kesukarelawanan ini kepada masyarat kita.

“Semua pihak bukan sahaja daripada sektor pendidikan tetapi juga masyarakat umum perlu bersama untuk memberikan kesedaran, menyediakan peluang dan ruang untuk kerja-kerja kesukarelawanan ini dirasai dan dilakukan oleh masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis National Trefoil Gulid Council Gathering kedua di sini, hari ini.

Teks Ucapan beliau dibaca Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad yang mewakilinya di majlis itu.

Menurut Azhar, apabila semangat kesukarelawanan itu dapat dirasai oleh masyarakat ia pastinya akan lebih bermakna bukan sahaja kepada mereka ynag terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawanan itu tetapi juga kepada mereka yang dibantu menerusi kerja-kerja tersebut.

Katanya, JPNS menerusi Sektor Pembangunan Pelajar telah memberikan pekeliling kepada sekolah-sekolah di bawah jabatan itu untuk menggalakkan pelajar-pelajar terlibat dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikolum dan persatuan tertentu di sekolah.

Ini kerana aktiviti-aktiviti yang dirancang dan berstruktur oleh persatuan tertentu tersebut boleh membantu dalam usaha memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pelajar terlibat.

“Aktiviti-aktiviti tersebut pastinya akan melibatkan perkara-perkara yang akan membantu pembangunan sumber manusia dalam kalangan pelajar tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan