Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin meneliti dokumen perjanjian dana bantuan kepada syarikat bas. Turut kelihatan, Dato Alice Jawan Empaling dan pengerusi The Sarawak Bus Transport Co. Association Atan Abdullah. Foto: TVS

Syarikat bas berhenti-henti diminta perbaiki mutu perkhidmatan

KUCHING, 3 Mac: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin meminta syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti di Sarawak meningkatkan mutu perkhidmatan bas.

Menurutnya, mutu perkhidmatan yang baik akan meningkatkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap mutu perkhidmatan bas di negeri ini.

Perkhidmatan bas adalah alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

“Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan bas untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini.

“Saya meminta syarikat perkhidmatan bas terutama penerima dana hari ini bertanggungjawab terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan dengan memastikan jadual perjalanan bas yang tepat selain keadaan bas yang bersih, selesa dan berpenghawa dingin bagi memastikan keselesaan penumpang bas,” katanya.

Lee berkata demikian pada Majlis Menandatangi Perjanjian Dana Bantuan Sementara Pengusaha Berhenti-Henti (DBSPB) Sarawak bagi tahun 2023 hingga 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato Alice Jawan Empaling, Pengarah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak Masitah Annuar dan pengurus serta wakil syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti.

Sebanyak 12 syarikat operasi bas berhenti-henti layak menerima dana tersebut melibatkan peruntukan RM4,930,000 setahun.

Antara syarikat tersebut adalah City Public Link Bus Service Sdn Bhd, Biaramas Express Sdn Bhd, Miri City Bus Sdn Bhd dan Lanang Road Bus Company Berhad.

Katanya lagi sejak penubuhan Kementerian Pengangkutan Sarawak, kementerian itu telah menyalurkan dana bantuan kepada pengusaha bas berhenti-henti yang mengenakan tambang RM1 kepada penumpang bagi menampung kos operasi perkhidmatan.

Ia juga bagi membantu dan menggalakkan rakyat Sarawak dalam menggunakan bas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan