Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat projek pembinaan jambatan Batang Lupar 2 pada Khamis. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

MIPD dan JKR Sarawak bantu kontraktor selesaikan isu kelewatan projek

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 3 Mac: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan terus berbincang dengan kontraktor-kontraktor di negeri ini untuk membantu mereka menyelesaikan beberapa isu kelewatan projek disebabkan COVID-19.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini adalah untuk membolehkan kontraktor menyiapkan projek seperti dijadualkan tanpa mengenepikan soal kualiti.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pada Khamis beliau melawat tapak pembinaan jambatan Batang Lupar 2.

Jambatan menelan kos RM223.6 juta dan sepanjang 870 meter itu menghadapi kelewatan 96 hari  kerana kekurangan pekerja.

Dibina menerusi usahasama Naim dan Gamuda (NAGA), ia dijadualkan siap pada 24 November tahun ini tetapi ini telah dijadualkan semula pada 28 Februari 2025.

“Kami menyedari hakikat bahawa semasa COVID-19, pekerja asing tidak boleh masuk. Kemudian negara seperti China dan Indonesia menutup sempadan tetapi kini telah dibuka semula.

“Kerajaan Sarawak telah membentuk pasukan petugas khas untuk memastikan semua permohonan pekerja asing diproses dengan pantas supaya masalah itu dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai jambatan Batang Lupar 2, Uggah berkata beliau mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil dengan wakil kontraktor semasa lawatan itu.

“Mereka telah mengenal pasti masalah utama mereka. Mereka perlu mendapatkan lebih ramai pekerja, mungkin beberapa bahan binaan, jika tidak, mereka sudah cukup bersedia untuk mengambil momentum kerja mereka untuk mencapai tahap yang diunjurkan,” katanya.

Mengenai perkara lain, beliau berkata kerajaan negeri juga mempunyai dasar Variasi Harga (VOP) untuk membantu kontraktor pulih dalam menghadapi lonjakan harga bahan binaan juga akibat COVID-19.

Uggah berkata adalah amat penting bagi kontraktor termasuk kontraktor jalan raya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan mereka dapat menyampaikan seperti yang dijadualkan dan dengan kualiti yang diharapkan.

“Kita mempunyai 10 jambatan yang sedang dibina di sepanjang laluan pesisir. Jadi kita di MIPD dan JKR, akan memantau pembinaan mereka dengan teliti,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan