Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah yang terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat seorang lelaki di bawah pengaruh dadah. Foto: IPD Mukah

Lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah bakar rumah abang

MUKAH, 3 Mac: Punca kebakaran sebuah rumah di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di sini pada Rabu lalu dikenal pasti oleh polis sebagai perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Mohamad Rizal Alias berkata, ini berikutan penahanan seorang suspek lelaki berusia 30 tahun yang juga merupakan seorang ahli keluarga dan mendiami rumah berkenaan pada pada hari kejadian.

Menurutnya, suspek ditangkap ahli keluarga dan penduduk kampung selepas disyaki membakar rumah keluarganya dipercayai ketika berada di bawah pengaruh dadah.

“Pada jam lebih kurang 7.40 malam, mangsa yang juga pemilik rumah berusia 34 tahun terdengar adik lelakinya (suspek) memanggil ahli keluarga dari keluar rumah untuk memadamkan api.

“Apabila mangsa dan semua ahli keluarga keluar, mereka mendapati bahagian belakang rumah telah terbakar dan api sedang merebak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya semua ahli keluarga dapat menyelamatkan diri namun tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang peribadi di dalam rumah tersebut.

Katanya, suspek yang ditahan selepas kejadian kemudian diserahkan kepada polis pada jam 8.30 malam.

“Punca kejadian dipercayai suspek memarahi ahli keluarganya dan mengesyaki mereka melaporkan kegiatannya terlibat dalam penagihan dadah menyebabkan suspek berang dan bertindak membakar rumah,” jelasnya.

Akibat itu, 12 ahli keluarga termasuk suspek kehilangan tempat tinggal.

Mohamad Rizal berkata suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, ujian air kencing ke atas suspek juga positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Tambahnya, suspek telah direman selama empat hari sehingga 6 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan