KUCHING, 2 Mac: Situasi banjir di Sarawak semakin pulih apabila empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Bau, Kuching, Serian dan Debak ditutup pada Khamis.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 7 malam ini, hanya satu PPS masih aktif yang menempatkan 25 orang di PPS Dewan Johnical Rayong, Engkilili.
Baca artikel berkaitan:
- 1. Kerajaan laksana kajian holistik untuk bina sistem pengairan berkesan tangani banjir – Abang Johari
- 2. Mangsa banjir di lima negeri melonjak lebih 27,000 orang pagi ini
- 3. Banjir: Mangsa meningkat kepada 361, satu lagi PPS dibuka
PPS Dewan Dato Sri Mohammad Hamdan Balai Bomba Bau ditutup pada jam 10 pagi Khamis.
Manakala PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa dan Dewan Serbaguna Kampung Mundai masing-masing ditutup pada jam 1 tengah hari dan 2 petang.
PPS Dewan Millenia bahagian Betong pula ditutup pada jam 3 petang. – TVS