Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Hazland Abang Hipni yang berada di Kalimantan Utara sejak Selasa. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Jokowi pecah tanah projek hidroelektrik kerjasama dengan Sarawak di Kalimantan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 Mac: Projek pembinaan hidroelektrik dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad di Malinau, Kalimantan Utara dijadualkan disempurnakan pecah tanah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini.

Sehubungan itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berada di Malinau sejak Selasa atas undangan pengurusan PT Kayan Hydropower Nusantara.

Menerusi projek itu, PT Kayan Hydropower Nusantara dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad akan membangunkan stesen jana kuasa hidro terbesar di Indonesia di Sungai Mentarang terletak 35 kilometer dari Malinau. 

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, Sarawak bersedia berkongsi pengalaman dengan negara jiran dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharu untuk manfaat bersama dari segi kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi. 

“Berbekalkan pengalaman membangunkan tiga stesen hidro sedia ada, Sarawak mempunyai keupayaan untuk membantu, ujar beliau dalam ucapan balas sempena Majlis Ramah Tamah antara rombongan dari Sarawak dan pemerintah Kabupaten Malinau di sini pada malam Selasa,” kata Abang Johari menerusi kenyataan itu.

Sarawak melalui Sarawak Energy Bhd merupakan rakan kongsi dalam projek yang akan menghasilkan 1,375 megawatt tenaga eletrik untuk zon industri dengan kos USD2.6 bilion di Kalimantan Utara. 

Pembinaan akan dimulakan pada suku pertama 2024, dijangka siap pada pada akhir 2029 beroperasi penuh pada 2030.

Abang Johari yakin projek berkenaan akan menarik lebih banyak pelaburan  ke Kalimantan Utara sekali gus mempertingkatkan ekonomi wilayah tersebut yang beliau anggap sebagai mempunyai budaya yang agak sama dengan Sarawak. 

Menurutnya lagi, sebagai pengeluar sumber tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia, Sarawak telah membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat dan langkah seterusnya ialah penyaluran ke Sabah dan Brunei. 

Turut serta dalam rombongan itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr  Hazland Abang Hipni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan