Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Ash Wednesday’ di Gereja St. Joseph’s Cathedral, Kuching. Foto: TVS

Ash Wednesday hari mula puasa untuk agama Kristian

KUCHING, 22 Feb: Rabu Abu atau ‘Ash Wednesday’ menandakan hari pertama Prapaskah (Lent) atau permulaan di mana penganut yang beragama Kristian mula berpuasa dalam tempoh 40 hari tidak termasuk hari minggu sebelum menjelang Hari Esther.

Ia disambut oleh penganut Mazhab Kristian termasuk Mazhab-mazhab Anglikan, Katolik Romawi, Lutheran dan Metodis.

Penganut yang beragama Kristian hadir di Gereja St. Joseph’s Cathedral, Kuching bagi ‘Ash Wednesday’ yang menandakan hari pertama Prapaskah (Lent). Foto: TVS

Hari ini dikhususkan untuk umat Kristian memulakan penebusan dosa diri melalui banyak amalan ibadah dilakukan mereka termasuk bacaan doa dan berpuasa.

Dalam tempoh ini juga mereka akan meninggalkan perkara yang melalaikan yang membawa kepada dosa dan berpantang makanan kegemaran mereka.

Namun begitu, tidak semua Gereja Kristian mematuhi Rabu Abu (Ash Wednesday) dan berpuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan