Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan isterinya diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Abdul Karim harap lawatan Presiden Jerman ubah persepsi negatif terhadap negara

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Feb: Lawatan kali pertama Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmer ke Malaysia dan Sarawak diharap dapat mengubah persepsi negatif negara itu terhadap sektor peladangan sawit di Malaysia, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, ini kerana Jerman merupakan salah sebuah negara Eropah yang sering bersikap kritis terhadap sektor komoditi negara itu kerana mendakwa mengabaikan alam sekitar.

Katanya Abdul Karim, beliau difahamkan yang Steinmer seorang pecinta alam semula jadi dan Presiden itu gembira apabila berpeluang menerokai Taman Negara Semenggoh dan turut menanam dua batang pokok di Pulau Lamidin.

“Saya berharap persepsi orang Eropah boleh berubah selepas Bruno Manser Foundation menyiarkan publisiti negatif mengenai Sarawak,” katanya kepada pemberita pada sidang media dalam Creatively Unique (CU) Sarawak 2023] di Padang Merdeka di sini hari ini.

Mengenai kesan positif lain lawatan berkenaan, Abdul Karim berharap lebih ramai pelancong Jerman akan melawat Sarawak.

“Ketika ini pelawat Eropah yang paling ramai ke Sarawak ialah dari United Kingdom dan mungkin Jerman boleh menjadi yang kedua paling ramai selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Karim memaklumkan, lebih banyak usaha dan dasar pemuliharaan akan dilaksankan Sarawak bagi membolehkan negeri ini mempunyai lebih banyak taman negara.

Berkenaan CU Sarawak, Abdul Karim berkata, acara itu dihadiri lebih 8,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung.

Dari kiri, Pengerusi Creatively Unique (CU) Sarawak 2023 Aaron Kon, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden The Generations Jordan Chang dan Setiausaha The Generations, Haiman Karim ketika menyantuni para peniaga di Artisan Food Street di sini hari ini.

Dianjurkan oleh The Generations, terdapat dua program acara tersebut, SWAK The New Gen of Style Street Fashion Shows serta Artisan Food Street yang mengetengahkan bakat muda dan produk keusahawanan Sarawak.

 

Acara itu disokong Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Kota Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang Gastronomi, Persatuan Seni Warisan Budaya Sarawak dan Kelab Rotary Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan