Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi KUSKOP hari ini. Foto TVS.

Sarawak mahu lebih dana pusat untuk bantu PKS

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Feb: Usaha memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak memerlukan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan tambahan dana, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, perkara berkenaan merupakan antara fokus perbincangan kerajaan negeri ketika menerima kunjungan hormat delegasi dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diketuai menterinya, Datuk Ewon Benedick hari ini.

“Kita menekankan kepada estet perindustrian seperti kawasan luar bandar dan seperti yang kita ingin selaraskan, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan akan dapat memperuntukkan lebih dana kepada Sarawak.

“Sebelum ini, dana estet industri bagi PKS termasuk fasiliti dan premis disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi KUSKOP hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan, Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak berkata, koordinasi melibatkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak (SEDCC) dan KUSKOP perlu diselaraskan agar usahawan di luar bandar tidak tercicir.

“Antara bantuan yang diperlukan ialah program, kemudahan asas, kewangan dan premis perniagaan.

“Banyak agensi yang memberi peruntukan kepada kita (namun) ia harus diselaraskan agar tidak tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja,” katanya.

Kata beliau, ketika ini PKS di Sarawak terdiri daripada 68 peratus perniagaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan