JAKARTA, 9 Feb: Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan Kota Jayapura, Papua petang tadi.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.28 petang waktu tempatan.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km) yang dirasai selama kira – kira lima saat.
Setakat ini empat orang disahkan maut.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jayapura, Asep Khalid berkata, empat mangsa ditemukan tertimbus di bawah runtuhan sebuah kafe akibat gegaran yang berlaku.
“Bangunan kafe itu runtuh ke laut dan keempat -empat mangsa itu tenggelam,” katanya menerusi kenyataan media.
Asep berkata, proses mengeluarkan mayat dilakukan oleh sepasukan pakar.
Beberapa bangunan seperti rumah, fasiliti awam dan hospital dilaporkan turut mengalami kerosakan. -TVS