Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika cuba diseludup keluar ke Thailand oleh seorang lelaki warga tempatan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam. Foto: Angkatan Tentera Malaysia

Tiga PATI Myanmar tidak sempat keluar sempadan negara

ALOR SETAR, 5 Feb: Usaha menyeludup keluar tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar ke Thailand menerusi sempadan negara ini gagal apabila mereka ditahan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, PATI terbabit ditahan ketika cuba melintasi sempadan menggunakan laluan tidak sah di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia kira-kira jam 1 petang.

Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika cuba diseludup keluar ke Thailand oleh seorang lelaki warga tempatan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam. Foto: Angkatan Tentera Malaysia

Menurut kenyataan itu, pasukan tersebut membuat penahanan membabitkan empat lelaki berusia antara 20 hingga 47 tahun termasuk seorang warga tempatan yang berperanan membawa PATI terbabit dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Pasukan operasi yang melaksanakan rondaan mengesan sebuah MPV jenis Perodua Alza berwarna putih dalam keadaan mencurigakan berhampiran kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan, MPV itu membawa tiga lelaki warga Myanmar yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil soal siasat mendapati pemandu kenderaan berkenaan sedang dalam perjalanan menyeludup keluar warga Myanmar tersebut ke negara jiran.

“kita turut merampas tiga  telefon bimbit, wang tunai Malaysia dan Myanmar serta sebuah MPV yang dianggarkan bernilai RM72,987.85.

“Kesemua tangkapan diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan