Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Lebih 700 mangsa banjir di dua negeri masih berada di PPS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Seramai 757 mangsa banjir di Johor dan Sabah masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 petang ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di enam PPS berkurangan kepada 623 orang, berbanding 670 orang pada jam 8 pagi tadi.

Batu Pahat yang mengalami banjir termenung merekodkan 597 mangsa daripada 165 keluarga di lima PPS, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Segamat.

Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.

Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 134 orang daripada 40 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan