Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo bersama ADUN Daro, Safiee Ahmad tiba untuk meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Jalan Passin-Jemoreng. Foto UKAS.

Projek pembinaan jalan hubungkan Passin – Jemoreng disambung semula

DARO, 2 Feb: Kerajaan Sarawak akan menyambung semula projek pembinaan jalan sepanjang 17.6 kilometer (km) yang menghubungkan Passin dengan Jemoreng di Matu pada April ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo berkata, projek itu sangat penting sebagai akses perhubungan darat kepada penduduk di Passin yang sebelum ini hanya bergantung kepada perhubungan melalui sungai.

Perkhidmatan kontraktor asal katanya ditamatkan pada Ogos 2022 manakala kontraktor penyelamat yang dilantik bakal menyambung projek berkenaan selepas tertangguh lebih setahun.

“Projek ini sebenarnya diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan pelaksanaannya sudah pun diluluskan oleh kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

“Bagaimanapun kontraktor asal hanya melaksanakan sekitar tujuh atau lapan peratus sahaja kemajuan fizikal projek ini.

“Justeru, baki akan diteruskan oleh kontraktor penyelamat yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada media selepas melawat tapak projek itu di sini semalam.

Aidel berkata, beliau optimis projek berkenaan bakal membawa impak besar kepada penduduk kerana bukan sahaja menyediakan perhubungan tetapi memudahkan kerajaan menyalur kemudahan lain seperti elektrik dan air bersih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan