Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi. Foto Awang Azmil Awang Ahmad (TVS)

Permintaan air Sarawak dijangka cecah 4,600 MLD sehari pada 2070

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Feb: Permintaan bekalan air di Sarawak dijangka akan meningkat kepada 4,600 liter sehari (MLD) menjelang 2070 berdasarkan pelan jangka panjang.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, ketika ini permintaan bekalan air di Sarawak ialah sebanyak 2,000 MLD.

“Kita (agensi bekalan air) sedang memenuhi permintaan pengguna untuk menyediakan bekalan air sebanyak 2,000 MLD kepada mereka. Jumlah berkenaan agak besar namun kita menyedari permintaan akan sentiasa meningkat dari setiap bahagian di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Apresiasi Lembaga Air Kuching di sini, malam tadi.

Sementara itu katanya, agensi-agensi bekalan air menghadapi cabaran untuk mengenal pasti, mengurus dan memanfaatkan kawasan yang berpotensi menjadi sumber air mentah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sumber air mentah yang telah dikenal pasti adalah seperti sungai dan kawasan tadahan air serta empangan hidro yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya merasakan sumber-sumber seperti ini perlu diuruskan kerana seperti empangan hidro yang belum lagi dimanfaatkan dan ia merupakan sumber jangka masa panjang kita. Ini merupakan cabaran besar buat kita,” katanya.

Tambah Julaihi, cabaran lain yang telah dikenal pasti oleh agensi bekalan air seperti Lembaga Air Kuching, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Sibu dan Laku Management Sdn Bhd ialah gangguan bekalan air tidak berjadual.

Punca gangguan seperti ini kata beliau adalah disebabkan oleh paip air lama yang bocor dan pecah selain kesukaran mengesan lokasi paip bocor berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan