Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEDC Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian untuk membangunkan teknologi bagi pengeluaran minyak mikroalga dengan Petronas. Foto SDEC Energy.

Petronas dan SEDC Energy bangunkan minyak mikroalga untuk penerbangan

KUCHING, 26 Jan: Anak syarikat Petronas, Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) dan SEDC Energy Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), menandatangani perjanjian untuk membangunkan teknologi bagi pengeluaran minyak mikroalga.

Di bawah perjanjian itu, PRSB dan SEDC Energy akan sama-sama membangunkan teknologi pengeluaran alga yang termasuk penanaman, penuaian dan pengekstrakan minyak alga mentah yang kemudiannya akan ditapis untuk menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF), menurut kenyataan daripada Petronas hari ini.

Katanya kedua-dua pihak akan turut menjalankan analisis mengenai keperluan pengeluaran komersial untuk minyak alga mentah, termasuk membangunkan strain alga dengan kandungan minyak yang tinggi pada kos pengeluaran yang kompetitif.

Penandatangan perjanjian itu, yang ditandatangani di Kuching pada 20 Jan, ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PRSB Norhayati Hashim dan CEO SEDC Energy Robert Hardin.

Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain yang turut hadir pada majlis itu, berkata selain daripada pembangunan ekonomi hidrogen Sarawak, SEDC turut mengakui kepentingan inisiatif karbon rendah alternatif apabila dunia beralih daripada bahan api hidrokarbon konvensional.

“Menjadi minat Sarawak untuk meneroka sebanyak mungkin penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan karbon dan kerjasama dengan Petronas dalam pembangunan minyak boleh diperbaharui generasi akan datang berpotensi menjadi ejen perubahan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Datuk Bacho Pilong berkata minyak alga mentah mempunyai potensi untuk menyokong aspirasi pelepasan karbon sifar bersih Petronas menjelang 2050.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama seperti SEDC yang berkongsi visi kami. Kami turut berharap dapat memainkan peranan kami dalam merealisasikan matlamat kemampanan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan